Whatsapp
Mifta
● online
Halo, perkenalkan saya Mifta
baru saja
Ada yang bisa saya bantu?
baru saja
Kontak Kami
Member Area

Cara Mengesan Hiv Dalam Darah

Jika Terbuat Seks Bebas, Anda Perlu Tahu Ini
Pernah tak anda ambil tahu apa tanda-tanda hiv dan cara mengesan hiv dalam darah? Bagaimana untuk mengetahui sekiranya seseorang menghidap hiv? Human immunodeficiency virus (hiv) merupakan virus yang menyerang sistem imunisasi badan anda dan juga penyebab Acquired immune deficiency syndrome (aids) iaitu tahap jangkitan hiv yang terakhir. Mengapa penghidap hiv boleh sampai ke tahap ini? Salah satu sebabnya adalah tanda-tanda hiv yang spesifik jarang muncul pada peringkat awal jangkitan. Gejala hiv pada peringkat awal biasanya adalah seakan jangkitan lain. Oleh itu ramai penghidap hiv yang tidak menyedari mereka telah dijangkiti virus ini. Namun begitu, virus ini boleh dikesan melalui beberapa kaedah tertentu. Hal ini sangat penting terutamanya jika anda pernah melakukan seks bebas tanpa mengira sengaja atau tidak disengajakan. Ikuti penjelasan lebih lanjut menerusi artikel ini. Selamat membaca!

Klik : AWAS! Ini Simptom Hiv Yang Ramai Orang Terlepas Pandang
Kaum Adam Sila Ambil Tahu!

Apakah Jenis Ujian Untuk Mengesan Hiv?
Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa bagi individu yang telah disahkan mengalami jangkitan hiv, kesemua maklumat peribadi yang berkaitan dengan pesakit akan dikendalikan secara sulit oleh pegawai perubatan masing-masing. Oleh itu anda tidak perlu takut atau malu untuk berjumpa doktor sekiranya mengesyaki anda menghidap hiv. Pesakit kemudian akan sentiasa dipantau untuk rawatan penyakit dan juga sokongan seperti kaunseling dan sebagainya. Hiv boleh dikenali atau dikesan melalui beberapa kaedah ujian yang biasanya dilakukan dengan mengambil sampel darah pesakit. Cara mengesan hiv dalam darah adalah seperti berikut:

⇔ Ujian Antibodi Hiv
Kaedah ujian ini mengesan antibodi terhadap hiv dalam darah atau cairan oral/mulut anda. Secara amnya, ujian antibodi yang menggunakan darah dari vena dapat mengesan hiv lebih cepat selepas jangkitan daripada ujian yang dilakukan dengan darah melalui cucukan jari atau dengan cairan oral. Ujian paling cepat dan satu-satunya ujian diri hiv yang diluluskan pada masa ini adalah ujian antibodi dimana ia juga menggunakan kaedah rapid test. Sebilangan besar rapid test dan ujian kendiri adalah ujian antibodi. Tambahan, ujian antibodi hiv yang menggunakan kaedah ini juga merupakan ujian saringan hiv pra-perkahwinan di Malaysia. Keputusan ujian boleh didapati hanya dalam masa kurang dari 30 minit.

Ujian antibodi pula boleh mengesan jangkitan hiv selepas 23 hingga 90 hari anda dijangkiti virus tersebut (window period). Jika keputusan ujian POSITIF, bermaksud wujudnya antibodi hiv dalam darah anda. Hal ini memerlukan nasihat dan rawatan daripada doktor dengan segera. Namun, keputusan hiv boleh menjadi NEGATIF walaupun anda sebenarnya telah dijangkiti. Perkara ini berkemungkinan kerana anda masih berada dalam waktu inkubasi ataupun window period, iaitu ketika antibodi hiv belum dihasilkan. Maka, ujian ulangan perlu dilaksanakan 3 bulan kemudian atau dalam jangka waktu 6 bulan.

⇔ Ujian Antigen Rapid
Ujian ini adalah untuk mengesan antigen daripada hiv atau antibodi kepada hiv didalam tubuh badan anda. Antibodi dihasilkan oleh sistem imun anda apabila anda terdedah kepada jangkitan. Manakala, antigen merupakan bahan asing yang mengaktifkan sistem imun anda. Sekiranya anda menghidap hiv, antigen yang disebut sebagai p24 akan dikesan sebelum antibodi dalam badan anda terbentuk. Ujian antigen disyorkan untuk dilakukan di makmal. Ujian makmal ini melibatkan pengambilan darah daripada pembuluh darah vena.

Terdapat juga ujian antigen rapid yang dilakukan dengan titisan darah daripada jari. Jangka masa antara terdedahnya virus hiv kepada seseorang dan apabila virus atau tindak balas imun dapat dikesan melalui pelbagai kaedah ujian disebut sebagai “window period” atau tempoh inkubasi. “Window period” adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis ujian yang digunakan untuk mengesan hiv. Ujian antigen yang menggunakan darah vena dapat mengesan jangkitan hiv dalam 18 hingga 45 hari setelah pendedahan. Manakala, ujian antigen yang dilakukan dengan darah dari cucukan jari hanya boleh mengesan hiv selepas 18 hingga 90 hari selepas pendedahan.

⇔ NAT (Ujian Asid Nukleik / Nucleic Acid Tests)
Ujian ini mencari virus sebenar dalam darah dan ia melibatkan pengambilan darah dari pembuluh darah vena . Kaedah ini selain untuk mengetahui samada seseorang itu menghidap hiv atau tidak, ia juga membolehkan para pengamal perubatan mengetahui jumlah virus yang terdapat di dalam darah. Nilai viral load adalah penting untuk mengetahui kesan ubat antiviral kepada pesakit, kepatuhan pesakit dalam mengambil ubat, serta potensi kebolehjangkitan seseorang. NAT juga dikenali sebagai ujian viral load hiv. Kos ujian nat adalah lebih tinggi, maka ujian ini tidak dilakukan secara rutin. Ujian nat biasanya dapat mengenal pasti sama ada anda dijangkiti virus atau tidak selepas 10 hingga 33 hari seseorang terdedah kepada virus.

Cara Mengesan Hiv Dalam Darah
Adakah Kaedah Rapid Test, Antibodi Hiv dan Ujian Nat Tepat?

Ketiga-tiga kaedah ujian ini mempunyai ketepatan sehingga 99.9% dan pengkhususan sehingga 99.8%. Pemeriksaan hiv tanpa nama dan sukarela atau dalam bahasa inggeris disebut sebagai anonymous and voluntary hiv screening. Kaedah pemeriksaan ini merupakan program ujian dan kaunseling hiv yang dilakukan secara sukarela. Program ini tidak hanya bertujuan untuk mengesan jangkitan hiv tetapi juga merawat.

Kaedah ujian cepat atau rapid test akan digunakan untuk pemeriksaan hiv. Sekiranya hasil ujian adalah “reaktif”, maka sampel darah anda akan dibawa dan dihantar ke Makmal Hospital untuk ujian pengesahan. Kaedah ini akan dimulakan dengan sesi konseling oleh pegawai perubatan atau kaunselor. Semasa kaunseling, anda akan diberi maklumat mengenai penyakit hiv. Kemudian, kaunselor akan meminta kebenaran bertulis daripada anda sebelum melakukan ujian mengesan hiv. Pada tarikh konsultasi yang telah ditetapkan, misalnya 2 minggu selepas sampel darah diambil, anda dikehendaki berjumpa dengan pegawai perubatan mengetahui keputusan ujian dan untuk kaunseling pasca ujian.

Bagi keputusan ujian hiv NEGATIF, anda akan diberi tarikh konsultasi berikutnya untuk ujian ulangan. Manakala, bagi keputusan ujian hiv POSITIF, perkara ini akan dimaklumkan kepada anda dan anda akan diberi kaunseling pasca ujian oleh pegawai perubatan. Untuk melakukan ujian ini anda boleh merujuk kepada mana-mana klinik kesihatan yang menyediakan khidmat rawatan dan kaunseling hiv.

Cara Mengesan Hiv Dalam Darah

Cara Mengesan Hiv Dalam Darah

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Menjalani Ujian Hiv?
Centres of Disease Control and Prevention, CDC mengesyorkan agar individu yang berumur antara 13 hingga 64 tahun menjalani ujian hiv sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Namun, jika anda berisiko tinggi mendapat hiv, anda perlu menjalani ujian dengan lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya sekali setahun. Antara perkara yang menandakan anda berisiko tinggi adalah seperti:

  1. Pernah mempunyai beberapa pasangan seksual
  2. Mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan dengan seseorang yang positif atau mungkin menghidap hiv, termasuk seseorang yang anda tidak ketahui sejarah seksualnya.
  3. Mengambil dadah yang menggunakan jarum suntikan, atau alat lain yang dikongsi bersama orang lain
  4. Telah atau sedang diuji untuk tuberkulosis, hepatitis, atau penyakit menular seksual, termasuk sifilis, gonore, klamidia, atau herpes
  5. Melakukan hubungan seks dengan seseorang yang mempunyai sejarah bagi kesemua perkara di atas
    hubungan seks yang tidak selamat dan tanpa perlindungan dengan orang yang dijangkiti hiv, sama ada heteroseksual atau homoseksual
  6. Menggunakan semula jarum / alat tajam atau picagari yang telah digunakan oleh seseorang yang dijangkiti hiv
  7. Ibu yang dijangkiti hiv kepada bayinya semasa kehamilan, proses kelahiran atau melalui penyusuan susu ibu

Cara Mengesan Hiv Dalam Darah Tanpa Pemeriksaan Ujian
Banyak masyarakat kita yang mempunyai resiko untuk jangkitan hiv, tetai malu dan takut untuk membuat pemeriksaan mahupun sebarang ujian. Mereka takut bila hasil akhir dari ujian tersebut adalah positif, takut orang tahu, takut kena buang kerja, takut tak boleh berkawin dll. Adakah cara mengesan hiv dalam darah hanya melalui simptom sahaja? bila boleh, apakah tanda dan gejala seseorang itu dijangkiti virus hiv?

Jangkitan virus hiv tidak mempunyai tanda dan gejala yang khusus diperingkat awal. Oleh itu, seseorang yang dijangkiti virus hiv tidak mengetahui dia telah dijangkiti virus ini. Walaubagaimana pun pada peringkat ini, individu ini masih boleh merebakkan virus hiv kepada orang lain. Tanda dan gejala akan kelihatan apabila sistem pertahanan tubuh telah dilumpuhkan oleh hiv. Tanda dan gejalanya adalah seperti berikut:

  1. Terlalu lemah dan lesu
  2. Penurunan berat badan yang mendadak
  3. Demam panas yang kerap
  4. Peluh malam
  5. Kelenjar limfa membengkak
  6. Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa
  7. Cirit-birit yang kronik
  8. Batuk kronik
  9. Penyakit kelamin dll

Jika anda merasakan anda mempunyai tanda-tanda hiv, anda perlu lakukan ujian sesegera mungkin. Jika anda merupakan seseorang yang mudah untuk terdedah dengan hiv di tempat kerja atau sebagainya, anda digalakkan untuk melakukan ujian secara berkala. Diagnosis awal hiv adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang masalah yang boleh meragut nyawa.

HIV akan menyerang sistem imunisasi manusia. Secara spesifiknya ia akan menyerang sel cd4 yang merupakan subtype kepada sel yang dikenali sebagai sel T. Sel ini akan membantu badan melawan jangkitan. Tanpa rawatan, hiv akan mengurangkan jumlah sel cd4 didalam badan dan meningkatkan risiko untuk seseorang itu mendapat jangkitan. JIka hiv telah memasuki tahap 3, individu tersebut akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat kanser. Ia akan melemahkan imunisasi sehingga badan anda akan mengalami masalah untuk melawan jangkitan dan penyakit.

Individu yang mempunyai hiv dan mendapatkan diagnosis awal mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan rawatan yang lebih efektif. Rawatan ini akan membantu untuk kekal sihat dan mengekalkan kualiti hidup yang terbaik. Individu yang berjaya mengenal pasti tanda-tanda awal hiv atau yakin mereka mempunyai hiv haruslah segera untuk melakukan ujian hiv. Dengan mendapatkan rawatan awal ini juga, ia akan membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya hiv tahap 3. Sekian sahaja perkongsian cara mengesan hiv dalam darah yang anda perlu tahu terutamanya jika anda pernah melakukan seks bebas sebelum ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat untuk memastikan kesihatan anda lebih terjamin.

Bagikan ke

Cara Mengesan Hiv Dalam Darah

Komentar

Saat ini belum tersedia komentar.

Mohon maaf, form komentar dinonaktifkan pada halaman/artikel ini.
error: Content is protected !!