Lebih Separuh Punca Hiv Pada Lelaki Ialah Hubungan Seks Sejenis
Pada tahun 1990, penagih dadah menyumbang kepada jumlah terbesar kes jangkitan hiv, namun situasi itu kini jauh berbeza. Trend yang berbeza dan mengejutkan diperoleh pada tahun 2018 lalu, apabila 94 peratus jangkitan kes hiv disebarkan melalui hubungan seksual, di mana hubungan seks sejenis menyumbang 57 peratus kepada keseluruhan kes manakala seks antara berlainan jantina membentuk 37 peratus kes. Statistik bagi tahun 2018 itu didedahkan menerusi siaran media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di seluruh dunia, bilangan kes hiv dalam kalangan pasangan lelaki (gay) terus meningkat. Hiv atau human immunodeficiency virus ialah virus yang menyerang sistem imun. Kerana ia adalah retrovirus, hiv boleh membiak dan menggandakan diri dalam sel-sel badan manusia yang dijangkiti. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan risiko tinggi hiv dalam seks gay. Sebabnya sangat rumit dan kompleks, mulai dari faktor biologi, gaya hidup, dan sosial. Itulah sebabnya pencegahan kes hiv dalam pasangan gay masih sukar untuk digalakkan.
Gejala Hiv Aids Pada Lelaki
Tahap Pertama
Selepas tahu apa yang menjadi punca hiv pada lelaki, seterusnya kita mesti waspadai adalah gejala awal hiv pada lelaki yang biasanya tidak spesifik. Selalunya simptom hiv boleh ditanggung dan sering disalah anggap sebagai selesema atau keadaan ringan yang lain. Menurut Medical News Today, lelaki boleh mengalami simptom seperti selesema beberapa hari hingga minggu selepas dijangkiti virus, yang mungkin termasuk:
Demam, ruam, sakit kepala, sakit tekak dan kepenatan.
Malangnya masih ramai yang memandang rendah simptom ringan ini. Fakta bahawa sesetengah lelaki tidak mendapatkan rawatan tepat pada masanya, mungkin menjadi sebab mengapa virus itu memberi kesan kepada lelaki lebih teruk daripada wanita. Hiv yang menyerang badan akan mula menurunkan sistem imun atau imuniti. Terdapat kesakitan pada sendi, otot, dan nodus limfa. Kerana nodus limfa adalah sebahagian daripada sistem imun. Anda berkemungkinan besar akan mengalami keradangan dan bengkak apabila jangkitan berlaku. Hingga akhirnya timbul rasa sakit di ketiak, celah paha, dan leher.
Tahap Akut
Gejala awal ini boleh bertahan satu hingga dua minggu. Menangguhkan berjumpa doktor sehingga gejala bertambah teruk bermakna jangkitan mungkin telah berkembang. Bagi penghidap hiv yang rutin mengambil ubat pada peringkat awal. Menjadikannya bertahan selama beberapa dekad, supaya kehidupan pesakit dapat berlangsung seperti biasa. Berikut adalah tanda-tanda hiv pada lelaki fasa akut, seperti:
– Demensia.
– Pengurangan berat badan
– Sakit otot
– Sakit sendi
– Pening dan muntah
– Berpeluh pada waktu malam
Tahap Kedua
Simptom hiv pada tahap awal dan akut pada lelaki kemudiannya akan hilang dan memasuki tahap kedua jangkitan iaitu peringkat non-symptomatic. Jangkitan virus tidak akan menyebabkan sebarang gejala dalam masa yang lama, iaitu kira-kira 5 hingga 10 tahun. Walaupun begitu, virus ini terus berkembang didalam badan dan boleh menjangkiti orang lain. Perlahan-lahan hiv memusnahkan sistem imun seseorang. Inilah sebab mengapa pengesanan awal diperlukan, supaya anda boleh segera mendapatkan rawatan perubatan yang betul sebelum mendapat aids.
Tahap Akhir
Hiv dalam fasa ketiga, sering dirujuk sebagai aids. Dipetik daripada Healthline, aids adalah peringkat terakhir hiv. Pesakit pada peringkat ini mempunyai sistem imun yang rosak teruk, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada jangkitan oportunistik. Jangkitan oportunistik ialah keadaan munculnya berbagai jenis penyakit sebab badan tak mampu lagi melawan sebarang virus,bakteria dan patogen yang ada didalam badan.
Simptom hiv pada tahap ini, ialah:
– Pening dan muntah
– Cirit-birit yang berterusan
– Keletihan kronik
– Penurunan berat badan yang cepat
– Batuk dan sesak nafas
– Demam berulang, menggigil, dan berpeluh malam
– Luka dimulut atau hidung.
– Bisul dan ulser pada alat kelamin, atau di bawah kulit
– Jangkitan kulat pada zakar
– Pembengkakan berpanjangan pada nodus limfa di ketiak, pangkal paha, atau leher
– Kehilangan ingatan, kekeliruan, atau gangguan neurologi
Ujian dan Rawatan Hiv Aids Pada Lelaki
Menurut Medical News Today, lelaki yang aktif secara seksual harus diuji hiv sekurang-kurangnya setahub sekali sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan rutin. Terutama disyorkan untuk lelaki gay dan biseksual, dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, serta pengguna dadah suntikan. Selain itu, juga lelaki yang melakukan hubungan seks tanpa kondom.
Ujian darah membolehkan doktor menentukan sama ada anda dijangkiti hiv. Ketepatan ujian bergantung pada masa pendedahan terakhir kepada hiv (seks tanpa perlindungan, berkongsi jarum). Jika anda telah melakukan pelbagai tindakan yang berisiko hiv, anda boleh dijangkiti virus pada bila-bila masa. Oleh itu, adalah lebih baik untuk melakukan ujian untuk mengetahui status kesihatan anda. Ia mengambil masa kira-kira 3 bulan untuk antibodi muncul pada ujian hiv.
Kemudian jika ternyata anda menghidap hiv, maka biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan batuk kering dan sebagainya. Selepas itu anda akan diberikan ubat yang mesti dimakan seumur hidup. Anda juga perlu tahu bahawa hiv tidak boleh disembuhkan atau disingkirkan dari badan dalam waktu sekejap. Fungsi pengambilan ubat adalah untuk menyekat pertumbuhan virus supaya tidak merosakkan komponen atau organ lain dalam badan dan menyebabkan aids atau jangkitan yang lebih teruk.
Punca hiv pada lelaki simptom, peeriksaan dan rawatan dah pun kita terangkan. Hiv ini bukan sakit main-main yang boleh anda cabar. Oleh itu, elakkan semua jenis bentuk yang menyebabkan hiv, jangan melakukan hubungan seksual yang berisiko, dan rajin-rajinkan diri untuk mendapatkan ujian untuk mengetahui sama ada virus itu berada di dalam badan anda atau tidak. Sekian dari saya, terimakasih telah melayari laman web saya. Semoga bermanfaat untuk anda dan keluarga. Salam sihat DeNature.