Whatsapp
Mifta
● online
Halo, perkenalkan saya Mifta
baru saja
Ada yang bisa saya bantu?
baru saja
Kontak Kami
Member Area

Simptom Awal Hiv Pada Lelaki

Hiv adalah singkatan bagi ‘human immunodeficency virus’ iaitu sejenis virus yang menyerang sistem imun badan, memusnahkan sel cd4 dan sel T-helper yang membantu badan melawan jangkitan dan penyakit. AIDS dan HIV selalu dikelirukan. Mereka tidak membawa pengertian yang sama. AIDS (acquired immune deficiency syndrome) adalah satu keadaan di mana hiv berada di peringkat akhir jangkitan. Apabila seseorang menghidap aids, tubuh tidak lagi mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan yang disebabkannya. Dengan rawatan berkesan, pesakit dengan hiv boleh menjalani kehidupan sihat tanpa risiko menjangkiti virus kepada orang lain. Mempunyai keluarga yang bahagia dan jug mempunyai keturunan bebas hiv. Virus ini berlaku lebih kerap berbanding lelaki berbanding wanita. Simptom Awal Hiv Pada Lelaki

Sebelum saya kupas dengan lebih lanjut mengenai simptom awal hiv pada lelaki, adalah penting untuk kalian faham bahawa cara jangkitan hiv menular adalah apabila darah, air mani, atau cairan rektum faraj individu yang dijangkiti masuk ke saluran darah anda. Kebanyakan kes tercetus melalui hubungan seksual. Namun, mereka yang mengambil risiko berkongsi jarum atau picagari dengan orang yang positif hiv juga boleh menyumbang kepada cara jangkitan hiv berlaku, termasuk penyusuan dari ibu kepada anaknya. Sekiranya ada, pastikan anda merujuk doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, okey?

AWAS! Ini Tanda-tanda HIV Yang Ramai Orang Terlepas Pandang
Kaum Adam Sila Ambil Tahu!

KLIK :Penyembuhan Hiv Dalam Islam

  1. Simptom Awal Hiv Pada Lelaki – Rangsangan Seks Yang Rendah
    Kondisi ini turut dipanggil hipogonadisme, yang berlaku apabila testis anda tidak menghasilkan hormon seks testosteron dengan mencukupi. Ia turut dikaitkan dengan penyakit hiv. Hipogonadisme juga boleh menyebabkan:
    – Keletihan
    – Kemandulan
    – Disfungsi ereksi (mati pucuk)
    – Kemurungan/depresi
    – Pertumbuhan tisu payudara
    – Kekurangan pertumbuhan bulu di badan dan wajah
  2. Simptom Awal Hiv Pada Lelaki – Luka Pada Zakar
    Luka terbuka dan ulser pada mulut atau esofagus merupakan antara tanda yang cukup sinonim dengan hiv. Antara simptom awal hiv pada lelaki yang lain juga boleh merangkumi siplis dengan luka didubur atau zakar. Lebih menakutkan, luka-luka ini cenderung untuk berulang kembali.
  3. Rasa Sakit Atau Sensasi Terbakar Semasa Kencing
    Dalam kebanyakan kes, kesakitan atau sensasi terbakar apabila membuang air kecil menjadi antara gejala jangkitan kelamin seperti gonorea atau klamidia.Sekiranya berlaku pula pembengkakan prostat atau kelenjar kecil di bawah pundi kencing, kondisi ini digelar sebagai prostatitis. Simptom awal hiv pada lelaki ini kadangkala dipicu oleh jangkitan bakteria. Gejala prostatitis yang lain merangkumi:
    – Sakit semasa ejakulasi.
    – Kencing dengan lebih kerap.
    – Kencing kelihatan keruh atau berdarah.
    – Sakit belakang, perut, atau pangkal paha.
    – Sakit di pundi kencing, testis, zakar, atau kawasan di antara skrotum dan rektum.

Jika anda mengesyaki sudah terdedah kepada jangkitan hiv, sila berjumpa doktor dengan kadar segera! Jika tempoh masa dijangkiti sekitar 72 jam atau kurang, anda boleh mengambil sesuatu yang disebut sebagai post-exposure prophylaxis (PEP). Anda boleh mengambil ubat hiv sekali atau 2 kali sehari selama 28 hari, yang mungkin akan bantu anda terhindar daripada jangkitan kelamin ini. Perlu diingati keberkesanan ubat ini masih bukan seratus peratus jika diambil dalam waktu 72 jam. Cara pencegahan terbaik adalah untuk mengelak aktiviti risiko tinggi.

Di samping itu, menjalani ujian HIV turut memainkan peranan penting! Sekiranya dijangkiti, anda boleh mengambil ubat hiv seperti ARV tau herba. Ubat HIV Herba ialah Gabungan ubat yang bertindak dengan menurunkan jumlah hiv didalam badan anda sehingga pada paras sifar. Ia dapat bantu mengekalkan sistem imunisasi tubuh yang sihat, melindungi daripada risiko komplikasi dan cegah anda menyebarkan hiv kepada orang lain.

TESTIMONI HIV SEMBUH DENGAN TES VIRAL LOAD NEGATIF

Sekarang, Mari kita kenali Simptom Awal Hiv Pada Lelaki Dan Tahap-Tahapnya!

Simptom Awal Penyakit HIV
Dalam tempoh 4 minggu setelah anda dijangkiti, gejala seakan selesema bakal tiba! Ini merupakan tindak balas semula jadi tubuh terhadap jangkitan hiv. Gejala ini boleh berlangsung selama beberapa hari hingga bulan dan anda mungkin turut mengalami:
• Ruam
• Cirit-birit
• Demam
• Sakit kepala
• Keletihan
• Sakit tekak
• Sakit otot atau sendi
• Ulser di mulut
• Berpeluh pada waktu malam
• Kelenjar getah bening yang membengkak

Pun begitu, bukan semua pesakit hiv memiliki gejala awal di atas, kerana hanya sekitar 1 daripada 3 orang akan mengalaminya. Untuk makluman, pakar menggelarkan tahap ini sebagai jangkitan hiv akut atau primer, iaitu ketika virus hiv menjangkiti beberapa jenis sel darah putih. Ia kemudiannya menghasilkan berjuta-juta salinannya sendiri, lalu disebarkan ke seluruh badan. Dalam jangka masa ini, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain. Ini kerana, terdapat banyak virus di dalam cairan badan anda.

Gejala HIV Di Peringkat Yang Seterusnya
Setelah hiv berjaya ‘menumpaskan’ sistem imun anda, ia akan merebak dengan kadar yang lebih perlahan.
Tahap ini pula dipanggil sebagai latensi kronik atau klinikal. Dalam majoriti kes, anda tidak lagi bergejala. Jika tidak mendapatkan rawatan, tahap ini boleh berlangsung selama 10 hingga 15 tahun! Tetapi jika anda mengambil ubat hiv dengan konsisten, mungkin akan kekal di tahap ini selama beberapa dekad.

AIDS
Aids pula merupakan peringkat hiv yang terakhir. Pada tahap ini, virus telah merosakkan sistem imun anda dengan teruk! Badan anda juga tidak lagi berdaya melawan banyak jangkitan, lantas membolehkan gejala untuk timbul.Tanda-tanda Aids merangkumi:
• Pneumonia.
• Keletihan yang melampau.
• Penurunan berat badan yang cepat.
• Luka di mulut, dubur, atau alat kelamin.
• Cirit-birit yang berlangsung lebih daripada seminggu.
• Demam atau peluh di waktu malam yang teruk dan berpanjangan.
• Timbul tompokan berwarna merah, coklat, merah jambu, atau ungu pada/di bawah kulit.

Sekiranya anda didapati menghidap Hiv-Aids, doktor biasanya akan mempreskripsikan ubat bagi memastikan sistem imun badan kekal sihat sebaik mungkin. Ubatan lain juga mungkin perlu diambil untuk menangani sebarang jangkitan atau masalah yang dipicu oleh sistem imun anda yang lemah.

Berapa Kerapkah Seseorang Untuk Buat Ujin HIV?
Lelaki aktif seksual perlu mendapatkan ujian rutin untuk hiv sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan rutin mereka. CDC mengesyorkan agar semua orang berumur 13 dan 64 harus menjalani ujian hiv. Ia juga mengesyorkan bahawa orang yang mempunyai faktor risiko tertentu harus mengambil ujian sekurang-kurangnya sekali setahun. Cadangan ini digunakan untuk lelaki gay dan biseksual, dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, dan pengguna ubat suntikan. Selain daripada cadangan rasmi ini, semua orang yang mungkin terdedah kepada hiv atau melakukan hubungan seks tanpa kondom juga perlu mengambil ujian.

Kesimpulan
HIV adalah sejenis virus yang melemahkan sistem imun seseorang dan meninggalkan badan yang lebih cenderung kepada penyakit dan jangkitan oportunis. Pesakit dengan virus ini boleh menjalani kehidupan sihat dengan rawatan perubatan dan ubat yang betul.Mendapatkan diagnosis awal dan rawatan dapat membantu memperlambat perkembangan virus dan meningkatkan kualiti hidup seseorang. Bagi lelaki, dapat melihat simptom awal hiv pada lelaki dapat membantu mendapatkan diagnosis cepat.

Bagikan ke

Simptom Awal Hiv Pada Lelaki

Komentar

Saat ini belum tersedia komentar.

Mohon maaf, form komentar dinonaktifkan pada halaman/artikel ini.
error: Content is protected !!