Pernah Tak Anda Ambil Tahu Apa Tanda-Tanda Hiv?
Adakah simptom hiv lelaki berbeza dengan perempuan? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda segalanya yang anda perlu tahu berkenaan dengan hiv. Jom baca! Hal ini sangat penting terutamanya jika anda pernah melakukan seks bebas tanpa mengira sengaja atau tidak disengajakan. Hiv merupakan virus yang menyerang sistem imunisasi badan dengan sangat cepat dan susa terkawal. Ia akan melemahkan imunisasi sehingga badan anda akan mengalami berbagai masalah kesihatan.
Secara spesifiknya ia akan menyerang sel cd4 yang merupakan subtype kepada sel yang dikenali sebagai sel T helper, ini adalah sel yang akan membantu badan melawan jangkitan. Tanpa rawatan, hiv akan mengurangkan jumlah sel cd4 didalam badan dan meningkatkan risiko untuk seseorang itu mendapat berbagai jangkitan penyakit. JIka hiv telah memasuki tahap 3, individu tersebut akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat kanser. Jika anda mengetahui simptom hiv dan mendapatkan rawatan selepas melakukan diagnosis awal, anda dapat mengelakkan masalah yang lebih berat.
Simptom hiv awal ini bukanlah penanda sebenar samada anda mempunyai hiv atau tidak. Satu-satunya cara untuk anda mengetahuinya adalah dengan melakukan ujian. Ujian awal akan membantu anda untuk mendapatkan rawatan segera dan mengurangkan risiko ia menjangkiti orang lain. Simptom hiv lelaki bermula dari perkara kecil yang sering diabaikan. Walaupun saintis dan penyelidik telah mencapai kemajuan yang ketara kearah pencegahan dan rawatan hiv sejak beberapa dekad yang lalu. Ia kekal sebagai masalah kesihatan yang serius dibanyak negara diseluruh dunia.
Laporan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), bilangan lelaki yang hidup dengan hiv aids adalah lebih tinggi daripada wanita. Diagnosis baru adalah hasil daripada hubungan seksual lelaki ke lelaki, lelaki gay dan biseksual, lelaki yang melakukan hubungan seks tanpa kondom dan lelaki pengguna dadah suntikan.
Menurut Medical News Today, lelaki yang aktif secara seksual harus diuji hiv sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan rutin.
Penularan HIV
HIV merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit dan ia boleh merebak daripada satu individu kepada individu yang lain menerusi beberapa cara. Sebab itulah anda perlu tahu simptom hiv lelaki dan wanita sebagai langkah berjaga-jaga. Antara cara paling biasa penularan hiv adalah menerusi hubungan seksual tanpa penggunaan kondom. Virus juga boleh merebak menerusi penggunaan jarum atau syringe penggunaan dadah. Individu juga boleh menerima hiv menerusi sentuhan cecair badan yang mempunyai virus. Cecair badan yang boleh menyebabkan penularan virus ini adalah:
• Darah
• Air mani
• Air mazi
• Rectal fluid
• Vaginal fluid
• Susu badan
HIV juga boleh merebak kepada individu lain apabila cecair ini memasuki salur darah mereka samada menerusi suntikan, sentuhan dengan mucous membrane atau tisu yang rosak. Wanita yang mengandung juga mampu untuk membuatkan kandungannya dijangkiti hiv. Namun, ia bukanlah akan berlaku dalam semua kes. Kebanyakan wanita yang menghidap hiv mampu untuk mengelakkan daripada anak mereka mewarisi penyakit tersebut dengan mendapatkan rawatan awal. World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa tanpa mendapatkan rawatan, peratusan untuk kandungan turut menerima hiv adalah 15%-45%. Dengan rawatan, kadar ini akan turun kebawah 5%.
Jika anda merasakan anda mempunyai tanda-tanda hiv, anda perlu lakukan ujian sesegera mungkin. Jika anda merupakan seseorang yang mudah untuk terdedah dengan hiv di tempat kerja atau sebagainya, anda digalakkan untuk melakukan ujian secara berkala. Diagnosis awal hiv adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang masalah yang boleh meragut nyawa.
Rawatan HIV
Rawatan ini pula berbeza terhadap setiap indvidiu dan bergantung kepada jenis komplikasi yang ada. Kemudian, individu terbabit akan diberikan plan yang bersesuaian dengan mereka.
Antiretroviral Drugs
Bagi kebanyakan pesakit hiv, terapi arv mampu membantu untuk mengawal virus tersebut. Terdapat banyak jenis arv dan ada kemungkinan juga individu tersebut memerlukan kombinasi ubat yang berbeza. Ubat-ubatan ini akan membantu untuk mengurangkan tahap virus didalam darah sehingga ia tidak akan lagi dapat dikesan didalam ujian. Apabila ini berlaku, akan berkurang atau terus tiada risiko untuk virus tersebut berjangkit kepada individu lain. Adalah penting dan lebih baik untuk anda mengikut plan yang telah ditetapkan untuk mengekalkan tahap virus ini pada paras terendah.
Terapi Lain
Individu dengan hiv akan menjadi lebih mudah terdedah kepada masalah kesihatan lain berbanding dengan mereka yang bebas daripada hiv. Individu tersebut juga memerlukan rawatan yang spesifik untuk merawat setiap masalah kesihatan selain daripada rawatan hiv itu sendiri. Hiv akan memberikan kesan terhadap sistem imunisasi badan, jadi individu tersebut akan lebih mudah untuk mendapat berbagai jangkitan penyakit. Komplikasi lain yang mungkin berlaku adalah:
Kardiovaskular
Kanser
Viral hepatitis
Tuberculosis
Masalah neurologikal
Jika komplikasi ini berlaku, doktor akan merangka plan rawatan dan memberikan preskripsi ubat untuk merawat segala masalah tersebut. Kesimpulanya ialah bahawa Individu yang mempunyai hiv dan mendapatkan diagnosis awal mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan rawatan yang lebih efektif. Rawatan ini akan membantu untuk kekal sihat dan mengekalkan kualiti hidup yang terbaik. Individu yang berjaya mengenal pasti tanda-tanda awal hiv atau yakin mereka telah dijangkiti hiv haruslah segera untuk melakukan ujian. Dengan mendapatkan rawatan awal ini juga, ia akan membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya aids. Sekian sahaja perkongsian kali ini untuk simptom hiv lelaki yang anda perlu tahu terutamanya jika anda adalah kaum gay atau pernah melakukan seks bebas sebelum ini.